ღsweetdiaries of meღ
| +FOLLOW | DASHBOARD.



Saya sayang awak!
05 November 2012 | 0 comment(s)
Awak sekejap je masa berlalu kan? Singkat sangat dah masa nie. Awak nak tinggalkan saya 6bulan :(
Hmm, takpelah awak pergi bukan untuk enjoy kan? saya kat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk awak kat sana nanti. Jarak yang jauh tak bermakna kita tak boleh berhubung kan?
Awak jangan lupakan saya taw.Bila awak dah pergi sana nanti awak jaga diri awak elok-elok.
''Please jaga diri kamu untuk saya'' ingat tak ayat nie yang awak nak usha saya dulu-dulu  kan?
Haa sekarang saya bagi kat awak balik *amekauu*
awak.! mengenalimu, menyapamu, merindukanmu, membayangkanmu, mendoakan kesihatanmu adalah bahagian dari hari-harik saya :) saya sayang awak sangat-sangat!
Saya percaya, esok tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok :)
awak wajib ingat saya selalu walau dimana awak berada taw sebab saya pun selalu ingat awak.
Adil lahh kann ;) saya hargai apa sahaja yang awak bagi dekat saya, even keychain yang kecil tuu,
saya simpan elok kat dalam wallet saya tu haa. Dalam wallet awak ada pic saya yang macam budak
sindrom down tu kan? sindrom down pon sindrom down lahh yang penting cute =='' awak tetap
simpan kan pic saya tuu kat dalam wallet merah awak tuu. Hadiah pertama saya bagi kat awak kan?
hehe. Handbag hijau yang awak bagi tu pon saya akan jaga elok-elok jugakk :) 
Awak jangan lupa saya taw!
Hmm yang saya sedih anniversary kita yang pertama awak takde :( Tapi awak janji, lepas awak
balik je nanti awak nak wish and nak bagi hadiah 6bulan kat saya kan :p Hehe. Awak jangan lupa taw! Masa awak kat sana nanti, mesti takde sape yang nak ngorat awak sebab awak dah
hitam and botak. hehe :p So saya tak risau sangat lahh kann ==''
Sunyi saya takde awak nanti, takpe mama saya cakap 6bulan tu tak lama,
pejam celik pejam celik tengok-tengok putih dah muka awak! kahkahkah :p
Awak jangan lupakan saya tau!
Saya mintak maaf taw selama saya kenal dengan awak saya ada terkasar bahasa ke
tersakitkan hati awak ke termarah awak ke teraba,terogol awak ke *Oppss*hehe terlebih sudah.
saya sebenarnya bukannya sengaja. Saya bergurau je *senyum sambil tunjuk lesung pipit yang dalam nie haa* Saya sayang sangat sangat sangat sangat sangat kat sangat ehh kat awak :p
Saya tetap tunggu awak sampai awak habis training segala bagai tau abang polis airport!
Kenangmu dalam doaku! Saya nak berdoa untuk awak nie, cepat tadah tangan

  '' Ya Allah kau permudahkan segala urusan dia, dan kau sentiasa berikan kesihatan tubuh badan kepadannya, kau berikanlah cahaya dan HIDAYAHMU untuknya. Ya Allah izikan selamanya aku memiliki dia dan izikan selamanya dia memiliki aku, aku sangat mencintai dia, aku menyayangi dia dengan sepenuh hatiku! Aminn.
GoodByee awak :(


Muchlove,
Your baby boo :)












paST . preSeNt
Large Grey Polka Dot Pointer