ღsweetdiaries of meღ
| +FOLLOW | DASHBOARD.



Abang..
02 November 2012 | 0 comment(s)


Abang..
Bercinta denganmu satu kemestian
Berkasih denganmu perlukan kesabaran
Menyayangimu perlukan pengorbanan
Merinduimu suatu kepastian.

Abang..
Kita berlainan pendapat
Kau dengan caramu
Begitu juga dengan aku
Namun demi cinta, kasih dan sayang ini
Aku redha dan pasrah
Kesabaranku tetap utuh seperti dulu
Walaupun kadangkala
Ia sungguh menyakitkan

Abang..
Ku korbankan cinta ini
Demi sayang yang amat kuat padamu
Walaupun kadangkala
Rindu ini menjerat diri
Aku tidak mengerti
Bagaimana aku boleh sesabar ini
Dan masih berdiri kaku di sini
Mengharapkan kasih sayang
Dan belai mesra darimu
Walaupun ku tahu
Betapa sakitnya

Abang..
Walaupun terlalu banyak
Ku menitiskan air mata hanya kerana
Bercinta denganmu
Namun cinta ini
Masih seperti dulu..



Much love.
Yoursweetheart <3




paST . preSeNt
Large Grey Polka Dot Pointer